>

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling.


~Assalamualaikum...~


Fuuhhhh~ Penat ! 
Dah kenapa pulak aku nak mengeluh penat kat blog nihh kan ? Hahaha ! :P

Penat duduk dalam kereta dari Pulau Pinang --> Baling --> Ulu Legong --> Serdang --> Nibong Tebal --> Jawi --> Pulau Pinang ! 
Huaaaa ! Penat mengalahkan orang yang drive ! Muehehe :D
Nasib baik laah perjalanan ditemani radio. Boleh laa kalau setakat nak hilangkan boring dengan menyanyi lagu Gangnam Style ke, Terukir di Bintang ke, Teman Pengganti ke kann. 


Destinasi yang dituju ialah........... tadaaaaaa ! *insert firework sikit*

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong !!!

 Actually, this is our first time menjejakkan kedua-dua kaki kanan dan kiri kami ke sana.
Pusat Rekreasi ni terletak kat Baling, Kedah Darul Aman. :)
Taktau kat mane ? Sila Google dan Search sendiri sampai jumpa ! :P

First impression ? Hmmm, okay laa. Not bad. Nampak macam best ! ^_^

Tadaaaaaa !!!
Ketibaan kita akan disambut dengan ucapan Selamat Datang ! Memang laah kan ? Heeee ;)
By the way, sorry for the quality of the picture. Kemalasan untuk meng-edit supaya gambar tu lagi clear. Malas means MALAS, okay ? 
Terima kasih kerana memahami ! Hahaha :P

Bukan nak promote ke ape ke, tapi memang best ! 
On the way nak sampai ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong nih, korang akan rasa macam "Whoaaa ! Back to nature !" ;)
Yelaaah, tempat ni memang terletak macam pedalaman sikit. So, on the way tuu boleh laa nikmati keindahan alam semula jadi kejap. ^_^


Lepas dah selamat sampai, bolehlaa korang pergi ke Kaunter Tiket dan berurusan laah apa yang patot.
Nak tempah chalet ke, nak beli tiket ke, nak sewa tapak khemah ke, up to you laah ! :D


Okay, dah tengok Kaunter Tiket kan ? 
Jadi, Mari laah kita terjah ke dalam pulak ! :D

 
Ni laah kolam air panas tuu. Suka hati korang laah nak swimming ke, rendam kaki ke, rendam kepala ke, apa ke kan. 
Actually kat sini ada banyak kolam. So, kita diberi pilihan ! Saya mesti pilih ! :P
Hahaha ! Yang bestnya, kolam-kolam tu TAK SEMUANYA panas menggelegak, okay ! 
Sila jangan salah faham. Kalau panas menggelegak, sape laah yang nak bermandi-manda kat situ kan ? Cari pasal ? Hahaha :D

Ada kolam untuk kanak-kanak ( So, air dalam kolam tu tak laah panas sangat. Just nice je temperature dia untuk kanak-kanak ), ada kolam untuk dewasa . Kolam dewasa pun ada lebih kurang 2 kolam kot kalau tak salah. Suhu pun berbeza-beza. 
Ada yang agak panas, ada yang suam-suam and just nice je kalau nak mandi dan relax-relax ! :D

Ni laah antara kolam yang ada kat situ. Yeaahhh, gambar tak banyak sebab tak banyak ambik gambar. Nak tengok gambar banyak-banyak, sila ke Google Images. Kat sana banyak ! :P


Ehh, kenape kolam tu kosong macam takde orang ? By the way, time tu pagi. Dalam pukul 9 lebih kot. So, orang memang takde dah sebab semua dah balik maybe. Yelaah. orang berendam air panas malam-malam dan waktu kemuncaknya, tengah malam sampai ke subuh ! 
*Dan time tuu, kitorang satu family keluar rendam-rendam kaki sambil mandi-mandi jugak. Tapi tak bawak camera. So, takde gambar.*

Time tuu, kau jangan berangan nak dapat conquer kolam macam adik-adik aku tuu. Sebab ? Sebab time tuu memang orang penuh. Hahaha :D
Walaupun aktiviti tuu macam "pasif" je sebab hanya duduk berendam, tapi orang memang ramai ! 
Well~ Kan kolam air panas ni banyak khasiatnye. *Bak kata orang laah...


By the way, bukan laah kolam semata-mata kat situ. 
Ada jugak disediakan chalet, tandas awam, tempat salin pakaian, surau, gerai makan, taman permainan dan alatan-alatan bersenam. *Best kan ? :D
Lepas berendam air panas, boleh laa bersenam ke ape ke. :D 



Kat sini laah terletaknya toilet, surau dan tempat salin baju. :)


Ni pulak chalet yang kitorang duduk. RM120 untuk satu malam. 
Selesa ! Complete ! Ada TV, peti ais, katil (2), air-cond, toilet, water heater, almari semua complete laah ! Dah macam duduk kat rumah sendiri :)

Lepas berendam, boleh laa beriadah bersama family ! Hahaha :D

Ayuh ! Mari bersenam ! Hahaha :P

That's my beloved lil sister, Qaisara tengah bersantai kat luar chalet ! Muahaha :*

That's my beloved Mom ! :*
Actually saje nak tunjuk cam mane rupanya chalet tu dari dalam. Dan gambar ni diambil masa kitorang dah nak balik ! Hahaha :D



Citer punya citer, lupa pulak nak mention pasal car-park dia ! :D
Yeahhh! As you see, tempat parking dia memang luas. *Kau nak ajak orang kampung main bola dalam kawasan parking kereta ni pun boleh, okayy ! Luas !
Senang parking, mudah, selesa ! ^_^
Tapi kalau pergi time cuti sekolah, jangan laah mengharapkan parking akan kosong seperti di atas yerrr... ;)


Okay, I think cukup laah kot sampai setakat ni perkongsian kita. Muehehe ;)
Penat dah menaip dan menunggu gambar-gambar nih di-upload oihh ! >.<
Penat baru balik ni pun belom hilang, dah berganda-ganda penat sebab gigih sangat nak update malam ni jugak ! Hehe :D


Pokok pangkalnya, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong memang BEST dan SUPERB !!!
Korang patot try ke sana sendiri ! Kalau nak citer, memang panjang berjela lagi laah entry aku nih. 
Ni pun dah macam karangan "Pengalaman Saya" dalam SPM dah ! -_-
Tak rugi kalau pergi sana. Seriously ! ;)

 Sorry gambar dan detail tak banyak. Tapi kalau nak berehat-rehat satu family, beriadah or nak tenangkan fikiran ke, Kolam Air Panas Ulu Legong is the best place ! ^_^

Before that, 

 Tadaaaaaa !!! Selalunya aku akan menyampah bila orang upload gambar dan caption-nya, "Abaikan muka aku. Tak comel pun." 
Aku akan cakap, " Dah tu kau upload gambar tu nak suruh orang tengok apa ? Tengok dinding ? " Heeeeeeee ;)
Tapi harini aku pun nak cakap macam tu. Sila abaikan muka aku. 
Mari FOCUS pada cup HIJAU tuu ! Nampak kan ? Nampak kan ?
My favourite !!! Siap jadi tajuk dan link blog I lagi tauu ! :P

MILO ! MILO ! MILO ! 

Kalau dah nama blog pun "I'm a MILO's Addict", memang penggemar MILO yang tegar laah ! ^_^
Jadi, saya bangga dapat minum MILO ! *Okay, ni memang poyo ! :P

So, setakat ni je laah entry aku kali ni.
Jangan lupa berkunjung ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, yerrr ! ;)
Thanks for reading.
Assalamualaikum... :) 
    

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

4 comments:

  1. wah, bestnya..lama dah alyn tak riadah dengan family ni..huhu..btw alyn follow sini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye Alyn! :) Yeaaa, tempat tu sgt sesuai kalau nak riadah and relax2 dgn family. seriously best! sambil riadah boleh tenangkan fikiran! ^_^ Thanks, yea. Dah follow Alyn balik :)

      Delete
  2. yey.. mak cik ni blik kmpung aku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kampung hang ? Baling ? Seriously ? ^_^

      Delete

I'm a MILO's Addict copyright, Fully Design by Tiqaa.
Orange Design Pointer