>

Esok KHAMIS !


~Assalamualaikum...~


Harini hari Rabu. Esok Khamis. 
Haaah ? What what what ? :O
KHAMIS ?

Ni bukan counting the days dah nii. Ni dah dipanggil counting the seconds !!! 
Actually aku update blog pagi-pagi buta (01:28 hours) nih sebab aku tak boleh tido. 
Sebab ? Nervous laah oiih ! -_-

Dan otak aku pun taknak stop pikir pasal RESULT SPM !!! Haishh, entah laa. Aku pun taktau kenapa. 
Ada satu feeling yang tak dapat dan malas aku nak explain kat sini. Bercampur-campur ! 
Takot ? Nervous ? Tak sabar ? Sedih ? Happy ? 
Entah laah ! Susah ! :(

Takpe laah, tawakkal je laah. 
Tengok je nanti result hari Khamis nanti. Nanti ? Ehh, tak laah. ESOK !


1995's !!! Marilah kita nervous berjemaah ! 


Dah speechless, lifeless, sleepless, heartless, useless, semua ada laah ! -_-
Aku pun dah malas nak hurai topik nih panjang-panjang. Menambahkan nervous dan stress ade laah !  >.<


So, naahhh gambar ni sebagai pengubat hati yang duka lara.


Introducinggggg.....!!!!! My beloved lil sister,  NURUL QAISARA BINTI AHMAD FUAD !!!
Hahaha ! Posing taknak kalah ! 
Bergaya dah macam Malaysian Next Top Model dah aku tengok ! :P
Credit to the photographer ! *Saye laah tuu. Bangga kejap ! Haha ! Okayy, overrr -_-

Nasib baik Qaisara kecik dan tak baligh lagi. Boleh laa nak posing maut cenggitu.
Kelihatan comel di situ. ;)
Errrr~ Bagi yang dah besar dan mencapai akil baligh, "Tolong jangan cuba aksi ini di tempat awam !" Kalau kat rumah, boleh ! Haha :P


I love her so so so so so and so much !!! :*
Partner gelak dan partner bergadoh ! Heeeee ;)
Love U, adikk ! <3

Doakan 1995's dapat result yang cemerlang ! Amin...! :)


Note : Bagi menjimatkan kredit handphone mahal anda, tidak perlu laah anda susah-susah call atau sms untuk bertanyakan result SPM Atiqah . Jimat-cermat amalan mulia ! Ingat tuu ! 

 
Thanks for reading this entry~
Assalamualaikum... :)
#Kun Faya Kun ! :)

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling.


~Assalamualaikum...~


Fuuhhhh~ Penat ! 
Dah kenapa pulak aku nak mengeluh penat kat blog nihh kan ? Hahaha ! :P

Penat duduk dalam kereta dari Pulau Pinang --> Baling --> Ulu Legong --> Serdang --> Nibong Tebal --> Jawi --> Pulau Pinang ! 
Huaaaa ! Penat mengalahkan orang yang drive ! Muehehe :D
Nasib baik laah perjalanan ditemani radio. Boleh laa kalau setakat nak hilangkan boring dengan menyanyi lagu Gangnam Style ke, Terukir di Bintang ke, Teman Pengganti ke kann. 


Destinasi yang dituju ialah........... tadaaaaaa ! *insert firework sikit*

Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong !!!

 Actually, this is our first time menjejakkan kedua-dua kaki kanan dan kiri kami ke sana.
Pusat Rekreasi ni terletak kat Baling, Kedah Darul Aman. :)
Taktau kat mane ? Sila Google dan Search sendiri sampai jumpa ! :P

First impression ? Hmmm, okay laa. Not bad. Nampak macam best ! ^_^

Tadaaaaaa !!!
Ketibaan kita akan disambut dengan ucapan Selamat Datang ! Memang laah kan ? Heeee ;)
By the way, sorry for the quality of the picture. Kemalasan untuk meng-edit supaya gambar tu lagi clear. Malas means MALAS, okay ? 
Terima kasih kerana memahami ! Hahaha :P

Bukan nak promote ke ape ke, tapi memang best ! 
On the way nak sampai ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong nih, korang akan rasa macam "Whoaaa ! Back to nature !" ;)
Yelaaah, tempat ni memang terletak macam pedalaman sikit. So, on the way tuu boleh laa nikmati keindahan alam semula jadi kejap. ^_^


Lepas dah selamat sampai, bolehlaa korang pergi ke Kaunter Tiket dan berurusan laah apa yang patot.
Nak tempah chalet ke, nak beli tiket ke, nak sewa tapak khemah ke, up to you laah ! :D


Okay, dah tengok Kaunter Tiket kan ? 
Jadi, Mari laah kita terjah ke dalam pulak ! :D

 
Ni laah kolam air panas tuu. Suka hati korang laah nak swimming ke, rendam kaki ke, rendam kepala ke, apa ke kan. 
Actually kat sini ada banyak kolam. So, kita diberi pilihan ! Saya mesti pilih ! :P
Hahaha ! Yang bestnya, kolam-kolam tu TAK SEMUANYA panas menggelegak, okay ! 
Sila jangan salah faham. Kalau panas menggelegak, sape laah yang nak bermandi-manda kat situ kan ? Cari pasal ? Hahaha :D

Ada kolam untuk kanak-kanak ( So, air dalam kolam tu tak laah panas sangat. Just nice je temperature dia untuk kanak-kanak ), ada kolam untuk dewasa . Kolam dewasa pun ada lebih kurang 2 kolam kot kalau tak salah. Suhu pun berbeza-beza. 
Ada yang agak panas, ada yang suam-suam and just nice je kalau nak mandi dan relax-relax ! :D

Ni laah antara kolam yang ada kat situ. Yeaahhh, gambar tak banyak sebab tak banyak ambik gambar. Nak tengok gambar banyak-banyak, sila ke Google Images. Kat sana banyak ! :P


Ehh, kenape kolam tu kosong macam takde orang ? By the way, time tu pagi. Dalam pukul 9 lebih kot. So, orang memang takde dah sebab semua dah balik maybe. Yelaah. orang berendam air panas malam-malam dan waktu kemuncaknya, tengah malam sampai ke subuh ! 
*Dan time tuu, kitorang satu family keluar rendam-rendam kaki sambil mandi-mandi jugak. Tapi tak bawak camera. So, takde gambar.*

Time tuu, kau jangan berangan nak dapat conquer kolam macam adik-adik aku tuu. Sebab ? Sebab time tuu memang orang penuh. Hahaha :D
Walaupun aktiviti tuu macam "pasif" je sebab hanya duduk berendam, tapi orang memang ramai ! 
Well~ Kan kolam air panas ni banyak khasiatnye. *Bak kata orang laah...


By the way, bukan laah kolam semata-mata kat situ. 
Ada jugak disediakan chalet, tandas awam, tempat salin pakaian, surau, gerai makan, taman permainan dan alatan-alatan bersenam. *Best kan ? :D
Lepas berendam air panas, boleh laa bersenam ke ape ke. :D 



Kat sini laah terletaknya toilet, surau dan tempat salin baju. :)


Ni pulak chalet yang kitorang duduk. RM120 untuk satu malam. 
Selesa ! Complete ! Ada TV, peti ais, katil (2), air-cond, toilet, water heater, almari semua complete laah ! Dah macam duduk kat rumah sendiri :)

Lepas berendam, boleh laa beriadah bersama family ! Hahaha :D

Ayuh ! Mari bersenam ! Hahaha :P

That's my beloved lil sister, Qaisara tengah bersantai kat luar chalet ! Muahaha :*

That's my beloved Mom ! :*
Actually saje nak tunjuk cam mane rupanya chalet tu dari dalam. Dan gambar ni diambil masa kitorang dah nak balik ! Hahaha :D



Citer punya citer, lupa pulak nak mention pasal car-park dia ! :D
Yeahhh! As you see, tempat parking dia memang luas. *Kau nak ajak orang kampung main bola dalam kawasan parking kereta ni pun boleh, okayy ! Luas !
Senang parking, mudah, selesa ! ^_^
Tapi kalau pergi time cuti sekolah, jangan laah mengharapkan parking akan kosong seperti di atas yerrr... ;)


Okay, I think cukup laah kot sampai setakat ni perkongsian kita. Muehehe ;)
Penat dah menaip dan menunggu gambar-gambar nih di-upload oihh ! >.<
Penat baru balik ni pun belom hilang, dah berganda-ganda penat sebab gigih sangat nak update malam ni jugak ! Hehe :D


Pokok pangkalnya, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong memang BEST dan SUPERB !!!
Korang patot try ke sana sendiri ! Kalau nak citer, memang panjang berjela lagi laah entry aku nih. 
Ni pun dah macam karangan "Pengalaman Saya" dalam SPM dah ! -_-
Tak rugi kalau pergi sana. Seriously ! ;)

 Sorry gambar dan detail tak banyak. Tapi kalau nak berehat-rehat satu family, beriadah or nak tenangkan fikiran ke, Kolam Air Panas Ulu Legong is the best place ! ^_^

Before that, 

 Tadaaaaaa !!! Selalunya aku akan menyampah bila orang upload gambar dan caption-nya, "Abaikan muka aku. Tak comel pun." 
Aku akan cakap, " Dah tu kau upload gambar tu nak suruh orang tengok apa ? Tengok dinding ? " Heeeeeeee ;)
Tapi harini aku pun nak cakap macam tu. Sila abaikan muka aku. 
Mari FOCUS pada cup HIJAU tuu ! Nampak kan ? Nampak kan ?
My favourite !!! Siap jadi tajuk dan link blog I lagi tauu ! :P

MILO ! MILO ! MILO ! 

Kalau dah nama blog pun "I'm a MILO's Addict", memang penggemar MILO yang tegar laah ! ^_^
Jadi, saya bangga dapat minum MILO ! *Okay, ni memang poyo ! :P

So, setakat ni je laah entry aku kali ni.
Jangan lupa berkunjung ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, yerrr ! ;)
Thanks for reading.
Assalamualaikum... :) 
    

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

21 March 2013


~Assalamualaikum...~


21 March 2013 ! 
Dah kenapa pulak aku nak update pasal tarikh yang BAKAL TIBA  nih pulak kan ?
Hahaha ! Ouh, inilah yang dipanggil terlebih up-to-date ! :P

Lepas tengok Buletin Utama pukul 8.00 hingga 9.00 malam tadi, teros aku terfikir yang blog aku perlu di-update. Perlu laah sangat kan.... -_-
Tapi, since aku dah lama tak update blog, keperluan tu aku rasa dah bertukar menjadi kewajipan ! K, over ! Hahaha ! 


Tahukah anda ?
Sedang jari-jemari aku menaip entry nih, jantung berdegup kencang, tangan menggeletar sambil nyanyi-nyanyi lagu Terukir di Bintang ! Muahaha ! *seperti ter-over di situ, yerr...

"Ada apa dengan 21 March 2013 ?"


 Wahai rakan-rakan seperjuangan sekalian... *dah macam seru apa jerr ! >.<
Especially batch 1995 ! Result SPM kita weyh ! Result SPM ! 






CONFIRM !
Result SPM keluar hari Khamis, 21 March 2013 bersamaan dengan 8 Jamadilawwal 1434 H !
Haaaa ! Nahh, ambik kau ! Dah cukup perfect dan detail maklumat aku bagi tuu. :D

Jadi, sebagai 2012 SPM Candidates, marilah kita nervous berjemaah ! >.<
Tahap ke-nervous-an aku di saat ini tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata ! 
*Nampak tak perkataan baru  di situ ? Ke-nervous-an ? Kalau cikgu BM aku baca nih, pasti dia kecewa.
Maaf cikgu, tu je perkataan yang terlintas kat fikiran. Heeeeeee ;)


Nervous kan ? Nervous kan ? ;)





Dah, kau tak payah nervous lebih-lebih sangat sampai tido tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah semua tu ! :P
Tawakkal je laah. :)
SPM dah lepas, kita dah usaha. Terima je laah dengan redha result kita 21 March nanti.

Ouhh, tips dan pesanan senior-senior serta cikgu-cikgu serta ibu bapa ehh ? 
*okay, tak payah nak serta sangat laah kan ! -_-



Sebelum nak keluar rumah time nak ambik result : 
  1. Banyakkan selawat dan zikir
  2. Baca "Bismillahirrahmanirrahim" sebelum keluar rumah
  3. Baca Al-Fatihah  *Ulang banyak-banyak kali lagi bagoss
  4. Baca surah 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas)
  5. Baca Alam Nasyrah  *Sorry, lupa nama surah tu.
  6. Think - positive!
  7. Yakin, tawakkal dan berserah pada Allah S.W.T

InsyaAllah... :)


Diharapkan tips kat atas tu dapat bantu kita untuk kurangkan nervous nanti ! ;)



Terima kasih TV3 atas maklumat tentang tarikh result SPM tuu. Aku dah start nervous, tak boleh nak tido ! >.<


Seriously, rasa nak call ZIZAN RAZAK dan cakap kat beliau : 

"Bawa aku pergi...! Pacu laju-laju, kita lari dari realiti ! Bawa aku pergi...! Pacu laju lagi, malah kita tak perlu kembali !"



Hahaha ! Okay, overrr ! Ini Semua POYO !  >.<
Aduhaii, tak sanggup nak hadap 21 March nanti. :(

Terasa nak off Handfon, deactive FB, deactive Twitter, off Whatsapp, off We Chat, off Viber, OFF semuanya !!!! Aku tidak akan ber-sosial dengan masyarakat pada 21 March nanti ! Hahaha :D



Note : Jutaan maaf sekiranya pada 21 March 2013 nanti, anda-anda tak dapat nak contact Atiqah.  Muehehe ;)



Good Luck and All the Best, 1995 !!! 


 
Akhir kata, mohon jangan ditanya result SPM aku nanti ! ^_^
Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum... :)
  

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

Result SPM 2012 ?


~Assalamualaikum...~


Putih-putih melati,
Merah-merah delima,
Siapa yang baik hati,
Pasti ku terima. 

Heeeeee  ^_^
Cehh, dah kenape pulak aku nak start entry dengan lirik-lirik lagu laah bagai ni ann ? Haha ! :P

Hmm, entah laah ! Actually laah kan, aku pun kurang mengetahui sebab dan alasan mengapa aku memulakan entry dengan lirik lagu ST12 yang bertajuk "Putih-putih Melati" itu. Muehehe :D

Mungkin sebab lagu tu tengah jadi kegilaan ramai Facebookers.
 *maybe sebab lagu tuu tengah HOT ke ape ke ann.

Okay, mari FOCUS ! Lupakan jap pasal lagu tak penting tuu. Takde kena mengena pun. Muahaha :P



#STRESS mode ON!# 

 
Accewahh, dah lama aku tak rasa se-stress nih ! Huahuahua >.<
1995's !!! Sedarkah kita yang sekarang dah MARCH ?
Ouh, ataupun mungkin korang dah lama sedar. Aku je yang tak sedar-sedar lagi. -_-

Jikalau begitu laah kenyataannya, aku terasa nak hentak-hentak kepala aku kat dinding je. Biar hilang ingatan teros ! >.<
Ehh ehh, astaghfirullahalazim.... Mane boleh cederakan diri sendiri ! 

*Kang tak pasal-pasal masok penjara atas tuduhan dera diri sendiri. Taknak taknak !!!

Takpe laah, supaya kecederaan aku tak nampak ekstrem sangat, aku hentak je kepala aku nih kat dinding facebook ! Muehehe :P

Allright !!! Back to our discussion ! *Ehh, zaman bila pulak aku ber-discussion? Errr~
Okay, abaikan. Dah, tak payah nak buat karangan 5 perenggan sangat laah kan kat belog nih. Takde sape pun hadap nak bace. -_-

Let's go straighttttttt to the point ! Motif ? :D
Panjang-panjang aku taip nih, "main point" dia, aku just nak update pasal result SPM je pun. Hahaha !
*Poyo kan? Well, sekali sekala poyo tidak menjadi satu kesalahan jenayah okayy! :P

Actually aku taktau pun bila abad dan kurunnya result tu nak keluar.
*Tapi aku selalu berharap agar result tu tak keluar teros ! Biar je result tu musnah dalam kebakaran ke, hanyut dalam Lautan Pasifik ke, tenggelam dalam banjir ke, basah kena hujan ke ape ke, aku tak kesah !
Asalkan aku tak payah hadap result tuu.

Dulu pun aku selalu berharap agar bilik yang simpan Exam Paper SPM tu terbakar ke, ape ke, tapi harapan aku tu tak kesampaian. Sedihh ann ? :(
Hahaha !  Overrrrr kau ! :P



TAHUKAH ANDA ?

Kertas dihasilkan daripada pokok. *Aku rasa semua orang tau benda nih. Tak payah aku nak explain kan ? -_-
Oleh itu, apabila result SPM dicetak di atas kertas, maka dengan itu banyak pokok-pokok yang ditebang untuk menghasilkan kertas. Secara langsungnya, pembaziran telah berlaku !!! Ouhh, tidakk !
*Well, aku kan Pencinta Alam Sekitar ! Oleh itu, kita tak boleh biarkan perkara ini berlaku !!!
Muehehe :P

Overrrr kau, Tiqah ! :D
Kalau Pengetua SGGS bace entry nih, pastinya aku akan diberi demerit 10 atas kesalahan mengeluarkan fakta tak berasas ! Muahaha ! ^_^
Dah, korang tak payah nak "Percaya Padaku" sangat! Biar Kumpulan Ungu je nyanyi lagu tuu. -_-

Motif @ modus operandi aku mengeluarkan fakta tak berasas nih kerana aku taknak hadap result SPM ! Huuuuuaaaaaaaaaaaaa~
Alangkah indahnya hidup di dunia yang penuh pancaroba ni kalau exam tak payah dapat result ! Muehehe ;)
Dah tuu, ape motif kau ambik exam tu ? -_-

Bak kata parents tercinta aku :

"Takpa. Kita dah usaha, doa dan tawakkal. Terima je laah result tu nanti."


Tapi tapi tapi, aku tau laah. Di sudut hati mereka yang paling dalam, mereka mengharapkan anak-anak mereka dapat result yang gempak ! Cehh, jom kasi gegarrr sikit ! :P

Yeaa, yeaa..! Memang laah semua orang nak result yang gempak, gempar dan gempur kan ? Sape taknak result bagoss oihh ! 
*Kalau taknak jugak, memang sah laah orang tu perlu dihantar ke Hospital Bahagia agar dia lebih bahagia di sana.


Tuu laah kan. Kita dah usaha. Sekarang, doa dan tawakkal je laah yang termampu. :)
Kadang-kadang, aku rasa macam tak sabar nak dapat result pun ade ! Kadang-kadang rasa nervous tak pasal-pasal bila orang tanya, "Bila result SPM nak keluar ?" .Kadang-kadang rasa macam taknak pikir langsung pasal result. Tapi selalunya, aku akan rasa macam taknak tau result ! Muehehe ! 
*Ni laah dipanggil "kecelaruan minda" atau "minda tak stabil" atau lebih tepat dan jitu lagi, "otak seminit" ! >.<


Cehh ! Pantang larang betol aku bila orang awam tanye, 

"Tunggu result SPM kan ? Bila result keluar ?"


Pada saat itu, lidahku kelu dan tak mampu nak berkata-kata. Hanya mampu tersenyum. Sungguh ku tak mampu nak jawab soalan cepumas tu ! Terasa nak hempuk-hempuk kayu golf kat kepala !  :P
Padahal dalam hati, 

"Ishh, asal nampak muka aku je, tanye result ! Result, result, result ! Aku yang ambik SPM ni pun tak rasa nak tau result, korang pulak yang over excited ? "



Cewahh ! Gangster habis ayat wa cakap lu ! :P
Tapi, takde laah sampai nak marah-marah orang yang tanye pasal result tu. Sebab ?
Sebab aku tau, orang yang tanye tu ambil berat laah pasal aku kan ? *Terharu :')
Sebab dia ambil berat laah, dia nak tau result aku. Kan kan kan ? :)


Moral of the story laah kan, ape kata korang semua tak payah tanye pasal result SPM buat masa nih. Biar otak dan hati aku yang gundah gulana ni tenang jap. Muehehe ;)
Nanti dah keluar terpampang kat Berita TV1, TV2, TV3, TV7, TV8, TV9, ASTRO, TV Al-Hijrah semua, baru laah korang tanye pasal result ! Okayyy ? Deal ? :D






Tapi kalau call or sms or whatsapp or pape je laah untuk bagi semangat kat aku, dipersilakan. Kecil tapak tangan, tapak kaki gajah Atiqah tadahkan. Muehehe ;)

Errr~ cukup laah kot setakat nih. Dah macam karangan SPM dah aku tengok entry nih ! :D

1995's !!!
Good Luck and All The Best !!!
Doakan result SPM kita gempak-gempak, meletopp kebaaboom ! ;)
InsyaAllah...


*Buat adik-adik yang baru nak ambik SPM tuu, korang nervous dan stress laah dulu untuk ambik SPM, okay ? Tak payah pening-peningkan kepala korang pasal result-result ni semua. Hadap SPM dulu! Hahaha!  :P 

Haaa! Nak tips tak camne nak hilangkan stress dan nervous time nak SPM ? 
Senang jerr ! Tiap-tiap malam sebelum tido, minum air garam !
Cara nak bancuh ? Haaa! Make sure korang bancuh ikot sukatan yang aku bagi tau. Kalau terkurang or terlebih, takot tak berkesan. 



Bahan-bahan :
*Garam kasar atau halus
*Air panas

Cara-cara :
*Masukkan 6 sudu besar garam ke dalam mug.
*Tuangkan air panas bersuhu 85 degree celcius sebanyak 50 mililitre ke dalam mug berisi garam tadi tu.
*Siap untuk diminum ! Dicadangkan supaya minum secara perlahan-lahan supaya air garam tu akan melekat di tekak anda. 

Tadaaaaa ! Senang je kan ? Selamat Mencuba !   :D

Dahh2, korang tak payah nak try-try tips aku tu. Aku tipu je. Hahahahaha ! *Okay, tak lawak pun -_-
Tak payah nak tips-tips bagai. Doa dan usaha je yang penting. :)




Ouhh, gambar ni ? Gambar ni terhasil setelah tahap kesewelan dan ke-stress-an aku mencapai tahap paling maksima ! 
" Comel tak Kak Ton...? "
Ehh, silap. " Comel tak Kak Tiqah...? " 
Ini semua POYO !!! >.<

Dah2, kau tak payah nak mengutuk lebih-lebih ! Kang orang lain makan nasi, kau makan pinggan nasi ! :P
*gertak je lebih~ Tapi aku tak laah kejam sangat ! Hahaha :D


Thanks for reading this entry.
Assalamualaikum... :) 

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

Tabung Wira Lahad Datu


~Assalamualaikum...~


Entry kali ni khas buat Wira-wira Malaysia yang berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir di Sabah.
Pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna khususnya, telah mengorbankan dan mencederakan beberapa orang Pahlawan Negara.

Jasa-jasa Wira-wira Negara yang sanggup berjuang bermati-matian demi mempertahankan negara nih, mungkin tak mampu kita nak balas.Tapi, jasa-jasa mereka ni pasti dikenang!

Sedar atau tak sedar, dengan terkorbannya beberapa orang pahlawan ni, maka :

* Ibu bapa kehilangan anak
*Isteri kehilangan suami
*Anak-anak kehilangan bapa
*Keluarga kehilangan tempat bergantung
*Negara kehilangan wira-wira yang setia mempertahankan negara


Mungkin mereka yang terkorban tu bukan ahli keluarga kita, tapi sebagai rakyat Malaysia, kita pun turut merasai pemergian Wira-wira Negara tu. Al-Fatihah!

Jadi, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga wira-wira yang terkorban dan tercedera dalam operasi membanteras penceroboh tu, Media Prima Berhad telah mengambil inisiatif untuk  menubuhkan satu tabung yang diberi nama,

Tabung Wira Lahad Datu



Bagi sesape yang nak menghulurkan sumbangan, boleh laah berbuat demikian. 

AKAUN MAYBANK : 5142 7133 9000

 
Mungkin sumbangan yang dihulurkan tu, tak laah seberapa. Tapi, insyaAllah akan dapat meringankan beban yang ditanggung ahli keluarga wira-wira yang terkorban dan cedera. :)

Selain sumbangan wang ringgit, sedekahkan juga laah Al-Fatihah buat mereka yang gugur syahid ketika mempertahankan negara. 
 

Tidak dilupakan, Wira-wira Negara yang sedang bersiap siaga mempertahankan negara juga memerlukan bantuan kita semua. 
Bukan laah bantuan wang ringgit dan tenaga yang dipinta. 
Cukup laah sekadar doa yang tulus dan ikhlas daripada seluruh rakyat Malaysia.
Islam juga dah mengajar kita bahawa, doa merupakan senjata mukmin! 

Jadi, jangan penat dan jangan berhenti berdoa! Teroskan berdoa! InsyaAllah, doa seluruh rakyat Malaysia akan dimakbulkan dan menjadi senjata terkuat bagi menentang musuh!   


Marilah sama-sama kita doakan keselamatan pahlawan-pahlawan Malaysia di Sabah agar mereka sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Allah S.W.T ketika sedang menjalankan tugas. 

Doakan juga agar pencerobohan ni cepat berakhir, tiada lagi nyawa yang terkorban dan Malaysia tercinta kembali tenteram seperti biasa. Amin...!  


Pesanan PDRM :

KOTA KINABALU -

"IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SABAH 5 MAC 2013 (SELASA). YDH DATUK TAN KOK LIANG TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS SABAH MENYATAKAN BAHAWA KEADAAN KESELAMATAN DI SEMUA TEMPAT ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH YDH KETUA POLIS NEGARA DALAM SIDANG MEDIANYA KELMARIN.

YDH DATUK TAN KOK LIANG JUGA MENGINGATKAN KEPADA ORANG RAMAI AGAR TIDAK MEMPERCAYAI KHABAR ANGIN TERUTAMANYA MELALUI LAMAN WAB SOSIAL DAN FACEBOOK.
SEKIRANYA TERDAPAT MAKLUMAT MENGENAI PENCEROBOH, ORANG RAMAI DINASIHATKAN SUPAYA SEGERA MENGHUBUNGI IBU PEJABAT POLIS YANG BERDEKATAN.
"

*Sumber : Official Facebook PDRM Sabah. 



Buat Wira-wira Negara : Selamat berjuang! Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan kalian. Rakyat Malaysia yakin yang kalian mampu mempertahankan Malaysia daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Terima kasih untuk segalanya. Jasa kalian pasti dikenang! Allahu Akbar!!!


Mohon jangan dipolitikkan isu ini. Jangan menyebarkan khabar-khabar angin yang akan menyulitkan lagi keadaan dan menyukarkan lagi tugas Pihak Berkuasa.  Banyakkan berdoa agar segalanya cepat berakhir. Doakan keselamatan Wira-wira Negara di sana dan doakan keselamatan tanah air tercinta! :)


Thanks for reading.
Al-Fatihah! Keep praying for them. 
Assalamualaikum...

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

Drive as a Driver! ;)


~Assalamualaikum...~


Di malam yang hening ini, ditemani cahaya lampu bilik  membuatkan aku terasa nak share something kat sini! Muahaha :P
Saje laah nak bagitau yang "job-list" aku dah bertambah! *Walaupun aku tau takde sape pun yang nak tau.  -_-
Yeahh, makin busy laah aku lepas nih. Accewahh! Ye laah sgt ann. Hahaha :D

My current "to-do-list" :-
*Bibik a.k.a Surirumah sepenuh masa
*Makan
*Tido
*Solat, Baca Quran
*Tengok TV, Online dan sewaktu dengannya
*Kacau adik (Qaisara) 
*Dengar lagu


#Cehh, takde laah busy mane pun! Hahaha :P


Starting from tomorrow, my "to-do-list" akan bertambah satu aktiviti @ kerja lagi, which is DRIVER! -_-
Memandangkan dah selamat "pass" JPJ Test Khamis, 28 Februari 2013 lalu, to-do-list dah bertambah! Hahaha :D

Tapi tapi tapi, I'm enjoying my new job! Syokk ouhh jadi driver! *Yelaah, orang baru dapat lesen kan, bak kata orang, tengah "Gila Stereng"! Hahaha :P
Lepas ni, rutin harian aku yang tak berapa nak busy tu akan jadi busy! Dah laa kena jadi driver adik sendiri pulak tuu! FREE of charge lagi! Mane lagi kau nak cari Kakak Misali macam aku nihh? Muehehe ;P
Zaman sekarang kalau masok toilet pun kena bayar 20 sen tau!
*Eleeh, baru jadi driver adik dah kecoh! Selama ni Mak Abah pegi hantar + ambik hang dari sekolah tuu ape? Free jugak kan? Jangan over, Tiqah! Jangan over! Semua same je. :P

Okay, okay, okay! Setelah pihak JPJ meluluskan dan mengiktiraf lesen memandu aku, sekali lagi aku di-test oleh Abah sendiri. *Kononnya nak tengok cara aku drive tuu selamat ke tak. 
Hello! Dah pass JPJ Test, maknenye selamat dan berhemah laah tu aku memandu! Hoho ;)


Tapi it's okay. Dah Abah nak test kan? Kita ikot je laah. *ciri-ciri anak misali, uolss! :P
Setelah aku diberi kepercayaan untuk memandu di jalan bandaraya (dalam Penang), highway dan jalan kampung, ternyata aku seorang Pemandu yang Berhemah! #FACT!  Muahaha :P
Abah cakap, "Hmm, dah boleh drive dah ni. Tukar gear pun lancar dah. Clutch and minyak pun dah pandai control. Lepas nih, Abah dah tak risau laah bila Kaklong drive. Nanti boleh ambik Angah balik dari sekolah hari-hari. Lama-lama cekap laah drive."

Wohoooo! Bangga sebentar dengar comment tulus ikhlas dari lubuk hati Abah yang paling dalam tuu! :P
Yess! Aku drive kereta manual, okay! -_-
Abah tak bagi drive kereta Mak yang auto tuu sebab takot nanti tak cekap manual! >.<
Dah cekap manual, baru boleh drive auto! Haha! Tapi takpe laah, best ape drive manual! :D
Tapi yang tak bestnye, drive manual time jalan jammed! Penat nak tekan clutch oii! -_-
Aku pun dah belajar cara-cara nak isi minyak and pam tayar! Muahaha :P
Tak payah laah nak gelakkan aku! Aku tau laah tu benda senang, cuma selama ni aku tak pernah ambik tau. Bak kata orang, Ade Aku Kesah? 
Hahaha! Cuma tukar tayar je Abah tak ajar lagi! :D

Takpe, tak payah belajar pun takpe. *Dengan harapan setinggi Gunung Kinabalu yang suatu hari nanti kalau tayar kereta pancit or whatever, akan ade Superman atau Encik Haris dalam citer Ombak Rindu  yang akan tolong tukarkan tayar! ;)
Okay, Ini Semua Poyo!!! >.<
Bila dah takde orang tolong baru padan muka aku! Hahaha! Berdiri sorang2 macam tiang lampu kat tepi jalan dengan muka kesian, tapi takde orang tolong. Amekaw! Taknak belajar sangat...!  :P

Lepas dah dapat approval daripada Abah, dalam otak aku dah siap satu "kertas kerja" yang bertajuk  Perancangan Masa Depan! :D
*Nanti nak keluar dengan BFF's (Pinna, Faraa, Lydia)
*Boleh drive sorang-sorang
*Boleh shopping
*Dah siap atur destinasi yang nak dituju!
Hahaha! Overrrr kau, Tiqah! >.<
Peeps!!! Atiqah is on the road!!! :D

 Cepat cakap "Welcome to the road!" Hahaha ^_^
 So, pemandu-pemandu sila laah bagi kerjasama, yerr. Bagi laaah laluan di saat aku nak melintas ke, membelok ke, masok lorong korang ke. Cehh! Sape laah aku ni yang korang semua nak utamakan, yerr dak? Hahaha :P

Okay, dah2! Dah banyak sangat ke-over-an terlampau aku kat sini. -_-
Thanks for reading!
Assalamualaikum... :)

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

I'm a MILO's Addict copyright, Fully Design by Tiqaa.
Orange Design Pointer