>

Drive as a Driver! ;)


~Assalamualaikum...~


Di malam yang hening ini, ditemani cahaya lampu bilik  membuatkan aku terasa nak share something kat sini! Muahaha :P
Saje laah nak bagitau yang "job-list" aku dah bertambah! *Walaupun aku tau takde sape pun yang nak tau.  -_-
Yeahh, makin busy laah aku lepas nih. Accewahh! Ye laah sgt ann. Hahaha :D

My current "to-do-list" :-
*Bibik a.k.a Surirumah sepenuh masa
*Makan
*Tido
*Solat, Baca Quran
*Tengok TV, Online dan sewaktu dengannya
*Kacau adik (Qaisara) 
*Dengar lagu


#Cehh, takde laah busy mane pun! Hahaha :P


Starting from tomorrow, my "to-do-list" akan bertambah satu aktiviti @ kerja lagi, which is DRIVER! -_-
Memandangkan dah selamat "pass" JPJ Test Khamis, 28 Februari 2013 lalu, to-do-list dah bertambah! Hahaha :D

Tapi tapi tapi, I'm enjoying my new job! Syokk ouhh jadi driver! *Yelaah, orang baru dapat lesen kan, bak kata orang, tengah "Gila Stereng"! Hahaha :P
Lepas ni, rutin harian aku yang tak berapa nak busy tu akan jadi busy! Dah laa kena jadi driver adik sendiri pulak tuu! FREE of charge lagi! Mane lagi kau nak cari Kakak Misali macam aku nihh? Muehehe ;P
Zaman sekarang kalau masok toilet pun kena bayar 20 sen tau!
*Eleeh, baru jadi driver adik dah kecoh! Selama ni Mak Abah pegi hantar + ambik hang dari sekolah tuu ape? Free jugak kan? Jangan over, Tiqah! Jangan over! Semua same je. :P

Okay, okay, okay! Setelah pihak JPJ meluluskan dan mengiktiraf lesen memandu aku, sekali lagi aku di-test oleh Abah sendiri. *Kononnya nak tengok cara aku drive tuu selamat ke tak. 
Hello! Dah pass JPJ Test, maknenye selamat dan berhemah laah tu aku memandu! Hoho ;)


Tapi it's okay. Dah Abah nak test kan? Kita ikot je laah. *ciri-ciri anak misali, uolss! :P
Setelah aku diberi kepercayaan untuk memandu di jalan bandaraya (dalam Penang), highway dan jalan kampung, ternyata aku seorang Pemandu yang Berhemah! #FACT!  Muahaha :P
Abah cakap, "Hmm, dah boleh drive dah ni. Tukar gear pun lancar dah. Clutch and minyak pun dah pandai control. Lepas nih, Abah dah tak risau laah bila Kaklong drive. Nanti boleh ambik Angah balik dari sekolah hari-hari. Lama-lama cekap laah drive."

Wohoooo! Bangga sebentar dengar comment tulus ikhlas dari lubuk hati Abah yang paling dalam tuu! :P
Yess! Aku drive kereta manual, okay! -_-
Abah tak bagi drive kereta Mak yang auto tuu sebab takot nanti tak cekap manual! >.<
Dah cekap manual, baru boleh drive auto! Haha! Tapi takpe laah, best ape drive manual! :D
Tapi yang tak bestnye, drive manual time jalan jammed! Penat nak tekan clutch oii! -_-
Aku pun dah belajar cara-cara nak isi minyak and pam tayar! Muahaha :P
Tak payah laah nak gelakkan aku! Aku tau laah tu benda senang, cuma selama ni aku tak pernah ambik tau. Bak kata orang, Ade Aku Kesah? 
Hahaha! Cuma tukar tayar je Abah tak ajar lagi! :D

Takpe, tak payah belajar pun takpe. *Dengan harapan setinggi Gunung Kinabalu yang suatu hari nanti kalau tayar kereta pancit or whatever, akan ade Superman atau Encik Haris dalam citer Ombak Rindu  yang akan tolong tukarkan tayar! ;)
Okay, Ini Semua Poyo!!! >.<
Bila dah takde orang tolong baru padan muka aku! Hahaha! Berdiri sorang2 macam tiang lampu kat tepi jalan dengan muka kesian, tapi takde orang tolong. Amekaw! Taknak belajar sangat...!  :P

Lepas dah dapat approval daripada Abah, dalam otak aku dah siap satu "kertas kerja" yang bertajuk  Perancangan Masa Depan! :D
*Nanti nak keluar dengan BFF's (Pinna, Faraa, Lydia)
*Boleh drive sorang-sorang
*Boleh shopping
*Dah siap atur destinasi yang nak dituju!
Hahaha! Overrrr kau, Tiqah! >.<
Peeps!!! Atiqah is on the road!!! :D

 Cepat cakap "Welcome to the road!" Hahaha ^_^
 So, pemandu-pemandu sila laah bagi kerjasama, yerr. Bagi laaah laluan di saat aku nak melintas ke, membelok ke, masok lorong korang ke. Cehh! Sape laah aku ni yang korang semua nak utamakan, yerr dak? Hahaha :P

Okay, dah2! Dah banyak sangat ke-over-an terlampau aku kat sini. -_-
Thanks for reading!
Assalamualaikum... :)

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

4 comments:

  1. hahaha..welcome to the road

    ReplyDelete
  2. "...Berdiri sorang2 macam tiang lampu kat tepi jalan dengan muka kesian, tapi takde orang tolong.." Sound familiar?? Cengitu nti jgn lupa berkebaya ditengah2 panas di hgway, mmg terbaik.. Akn ramai la hero-hero industan atau novel yg blh dtg :P ahakssss~ -k.fatin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Conclusionnya, marilah kita sama2 belajar cara2 tukar tayar sebab tak mungkin akan ade Aaron Aziz yg nak bantu kita nanti :P
      Hahahaha! ^_^

      Delete

I'm a MILO's Addict copyright, Fully Design by Tiqaa.
Orange Design Pointer