>

Tabung Wira Lahad Datu


~Assalamualaikum...~


Entry kali ni khas buat Wira-wira Malaysia yang berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir di Sabah.
Pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna khususnya, telah mengorbankan dan mencederakan beberapa orang Pahlawan Negara.

Jasa-jasa Wira-wira Negara yang sanggup berjuang bermati-matian demi mempertahankan negara nih, mungkin tak mampu kita nak balas.Tapi, jasa-jasa mereka ni pasti dikenang!

Sedar atau tak sedar, dengan terkorbannya beberapa orang pahlawan ni, maka :

* Ibu bapa kehilangan anak
*Isteri kehilangan suami
*Anak-anak kehilangan bapa
*Keluarga kehilangan tempat bergantung
*Negara kehilangan wira-wira yang setia mempertahankan negara


Mungkin mereka yang terkorban tu bukan ahli keluarga kita, tapi sebagai rakyat Malaysia, kita pun turut merasai pemergian Wira-wira Negara tu. Al-Fatihah!

Jadi, bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ahli keluarga wira-wira yang terkorban dan tercedera dalam operasi membanteras penceroboh tu, Media Prima Berhad telah mengambil inisiatif untuk  menubuhkan satu tabung yang diberi nama,

Tabung Wira Lahad Datu



Bagi sesape yang nak menghulurkan sumbangan, boleh laah berbuat demikian. 

AKAUN MAYBANK : 5142 7133 9000

 
Mungkin sumbangan yang dihulurkan tu, tak laah seberapa. Tapi, insyaAllah akan dapat meringankan beban yang ditanggung ahli keluarga wira-wira yang terkorban dan cedera. :)

Selain sumbangan wang ringgit, sedekahkan juga laah Al-Fatihah buat mereka yang gugur syahid ketika mempertahankan negara. 
 

Tidak dilupakan, Wira-wira Negara yang sedang bersiap siaga mempertahankan negara juga memerlukan bantuan kita semua. 
Bukan laah bantuan wang ringgit dan tenaga yang dipinta. 
Cukup laah sekadar doa yang tulus dan ikhlas daripada seluruh rakyat Malaysia.
Islam juga dah mengajar kita bahawa, doa merupakan senjata mukmin! 

Jadi, jangan penat dan jangan berhenti berdoa! Teroskan berdoa! InsyaAllah, doa seluruh rakyat Malaysia akan dimakbulkan dan menjadi senjata terkuat bagi menentang musuh!   


Marilah sama-sama kita doakan keselamatan pahlawan-pahlawan Malaysia di Sabah agar mereka sentiasa selamat dan berada dalam lindungan Allah S.W.T ketika sedang menjalankan tugas. 

Doakan juga agar pencerobohan ni cepat berakhir, tiada lagi nyawa yang terkorban dan Malaysia tercinta kembali tenteram seperti biasa. Amin...!  


Pesanan PDRM :

KOTA KINABALU -

"IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SABAH 5 MAC 2013 (SELASA). YDH DATUK TAN KOK LIANG TIMBALAN PESURUHJAYA POLIS SABAH MENYATAKAN BAHAWA KEADAAN KESELAMATAN DI SEMUA TEMPAT ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL SEPERTI YANG DIKATAKAN OLEH YDH KETUA POLIS NEGARA DALAM SIDANG MEDIANYA KELMARIN.

YDH DATUK TAN KOK LIANG JUGA MENGINGATKAN KEPADA ORANG RAMAI AGAR TIDAK MEMPERCAYAI KHABAR ANGIN TERUTAMANYA MELALUI LAMAN WAB SOSIAL DAN FACEBOOK.
SEKIRANYA TERDAPAT MAKLUMAT MENGENAI PENCEROBOH, ORANG RAMAI DINASIHATKAN SUPAYA SEGERA MENGHUBUNGI IBU PEJABAT POLIS YANG BERDEKATAN.
"

*Sumber : Official Facebook PDRM Sabah. 



Buat Wira-wira Negara : Selamat berjuang! Doa rakyat Malaysia sentiasa mengiringi perjuangan kalian. Rakyat Malaysia yakin yang kalian mampu mempertahankan Malaysia daripada penceroboh-penceroboh tersebut. Terima kasih untuk segalanya. Jasa kalian pasti dikenang! Allahu Akbar!!!


Mohon jangan dipolitikkan isu ini. Jangan menyebarkan khabar-khabar angin yang akan menyulitkan lagi keadaan dan menyukarkan lagi tugas Pihak Berkuasa.  Banyakkan berdoa agar segalanya cepat berakhir. Doakan keselamatan Wira-wira Negara di sana dan doakan keselamatan tanah air tercinta! :)


Thanks for reading.
Al-Fatihah! Keep praying for them. 
Assalamualaikum...

Thanks for reading! Do leave your comments! ;)

No comments:

Post a Comment

I'm a MILO's Addict copyright, Fully Design by Tiqaa.
Orange Design Pointer